Ringkasan: Untuk mendapat jawapan yang lebih tepat daripada ChatGPT, minta ia mengambil peranan tertentu dahulu, nyatakan masalah anda, kemudian arahkan ia bertanya soalan jika perlukan maklumat tambahan. Struktur prompt 3 bahagian ini menghasilkan output yang lebih spesifik dengan situasi anda.
Kali ini saya hendak berkongsi cara penggunaan asas ChatGPT .
Chatgpt merupakan model AI berskala besar, oleh itu banyak sangat data didalamnya.
Sebelum memberikan arahan (prompt) kepada ChatGPT untuk keluarkan solusi/output, cara terbaik adalah kita minta chatgpt bertukar peranan.
Contoh :
Anda nak minta chatgpt keluarkan excerise plan.
Arahan pertama pada permulaan ayat :
“Act as fitness trainer…”
Selepas itu, baru letak pernyataan masalah apa yg anda hendak selesaikan
Contoh :
“Act as an expert fitness trainer, write exercise plans for a male age 35 , weigh 100kg, and Asian people”
Tapi ChatGPT masih tak belum cukup input !
Ini bahagian yang ramai mengeluh (complain) , ChatGPT tak berikan jawapan yangg spesifik sebab ramai ingat ChatGPT ini AHLI NUJUM !
So, bagaimana nak berikan input yang ChatGPT mahu ?
Kita tak perlu teka apa input yang chatgpt mahukan.
Kita tanya kepada ChatGPT input apa yg diperlukan supaya jawapan yg dikeluarkan disesuaikan mengikut keadaan kita.
Ini contohnya, saya hanya gunakan ChatGPT free version sebab semua orang boleh akses.

Nampak tak ayat terakhir di prompt tersebut ? Saya letakkan ayat yang menyuruh ChatGPT tanya soalan jika perlukan input lagi.
Dalam prompt ini ada 3 bahagian :
- Play a role – act as expert fitness trainer
- Soalan utama – write exercise plan for a male age 35, weight 100kg, asian people
- Tanya input yang diperlukan lagi – Ask any question to me for additional information
Dah nampak struktur prompt yang boleh keluarkan output yang mengikut situasi kita dan lebih spesifik ?
Apa yang terjadi selepas itu ? ChatGPT akan meminta input yang diperlukan seperti ini

Selepas itu, anda reply balik jawapan yang ChatGPT perlukan tanpa perlu meneka teki lagi dan main tabur semua maklumat sampai jadi panjang macam karangan SPM.
Ini output selepas kita berikan input tambahan

Skrg anda dah mahir asas prompt yang sangat penting
Soalan Lazim
Apakah 3 bahagian dalam prompt asas ChatGPT?
Pertama, play a role (contoh: act as expert fitness trainer). Kedua, soalan utama (contoh: write exercise plan for a male age 35, weight 100kg, Asian people). Ketiga, minta ChatGPT bertanya input tambahan dengan ayat “Ask any question to me for additional information”.
Kenapa perlu minta ChatGPT bertukar peranan dahulu?
Menurut artikel ini, itu cara terbaik sebelum memberi arahan kerana ChatGPT ialah model AI berskala besar dengan banyak data di dalamnya.
Kenapa jawapan ChatGPT kadang-kadang tidak spesifik?
Kerana input yang diberi belum cukup. ChatGPT bukan ahli nujum, jadi kita tak perlu meneka input yang diperlukan. Minta sahaja ChatGPT bertanya input yang perlu supaya jawapan sesuai dengan keadaan anda.
Perlukah ChatGPT berbayar untuk cara ini?
Tidak. Contoh dalam artikel ini menggunakan ChatGPT versi percuma kerana semua orang boleh mengaksesnya.
Nak teruskan belajar? Lihat kursus ChatGPT Work dan kursus AI lain dalam Bahasa Melayu di OperatorAI.


