Bengkel Agentic AI · kelas live melalui Zoom

AI boleh bagi jawapan. Kerja berulang anda masih belum surut.

Setiap kali nak buat content, cari idea atau semak maklumat, anda masih kena explain balik, copy jawapan dan betulkan sendiri. Dalam bengkel ini, anda belajar ajar AI sekali, dan guna bila perlu.

Senarai waitlist dapat makluman dan peluang tempat dahulu.

Untuk siapa

Sesuai kalau anda dah cuba AI, tapi kerja masih atas bahu sendiri.

1

Pemilik bisnes & solopreneur

Anda buat semua sendiri dan nak ada pembantu yang faham cara bisnes anda berjalan.

2

Marketer & pekerja pejabat

Content, laporan dan semakan datang setiap minggu. Anda nak ringankan kerja yang sama berulang.

3

Yang risau ia terlalu technical

Tak perlu jadi developer. Kita mula daripada kerja harian anda, bukan terus masuk coding.

Apa yang anda akan bina

Masalahnya bukan AI tak pandai jawab. AI belum tahu cara anda kerja.

Kita ambil kerja yang memang selalu berulang, dan susun apa yang AI perlu tahu supaya ia boleh bantu dengan lebih konsisten.

Cara biasa

Tanya, dapat jawapan, sambung sendiri.

  • Setiap kali kena cerita balik pasal bisnes anda.
  • Copy jawapan, kemudian betulkan sendiri.
  • Kerja sama datang balik, mula dari kosong lagi.
Flow yang anda belajar

Ajar sekali, guna bila perlu.

  1. Pilih kerja yang selalu berulangMulakan dengan kerja sebenar yang memang makan masa.
  2. Masukkan info yang AI perlu tahuBeri konteks, contoh hasil dan standard semakan anda.
  3. Susun langkah kerjaSupaya AI boleh sediakan kerja awal untuk anda semak.

Bukti peserta

Tak perlu jadi developer untuk mula.

Peserta datang daripada tahap yang berbeza. Ini petikan sebenar daripada perbualan mereka, bukan review yang ditulis semula.

Masa join kelas zero knowledge.Catz Gmaster
Bukan developer. Cuma ada idea… dah ada hasil.Hakim Shaisham
Hermes dah berjaya setup dalam PC ikut tutorial.Azwan
Testimoni peserta terdahulu daripada Catz Gmaster
Catz GmasterMasuk dari zero knowledge dan mula explore Hermes selepas kelas asas.
Testimoni peserta terdahulu daripada Hakim Shaisham
Hakim ShaishamBukan developer, tetapi dah mula nampak hasil daripada idea sendiri.
Testimoni peserta terdahulu daripada Azwan
AzwanBerjaya setup Hermes dalam PC ikut tutorial.

Nama dan nombor telefon peserta disembunyikan untuk privasi.

Izzat Azizi mengendalikan sesi latihan praktikal
Daripada sesi training praktikal bersama peserta.

Trainer anda

Bukan sekadar tunjuk tool. Kita kaitkan AI dengan kerja harian anda.

Izzat Azizi, Founder OperatorAI. Sejak 2021 dia mengajar digital marketing dan AI, dalam masa yang sama terlibat dengan kerja website, SEO, Google Ads, Facebook Ads, eCommerce dan sales funnel.

400+pelajar merentas kelas, bengkel & kursus
300+peserta Bengkel AI
Sejak 2021mengajar digital marketing & AI

Pakej kelas live

Pilih antara 3 pakej. Kombo ialah pilihan yang kami syorkan.

Semua kelas live dibuat melalui Zoom. Harga batch lepas disenaraikan sebagai rujukan sahaja. Harga dan tarikh batch seterusnya dimaklumkan kepada senarai waitlist dahulu.

Untuk mula

ChatGPT Work

Untuk anda yang dah guna ChatGPT tetapi masih banyak kerja kena buat sendiri.

  • Pilih kerja yang AI boleh bantu
  • Masukkan info penting tentang bisnes anda
  • Tetapkan bentuk hasil yang anda nak

Rujukan batch lepas: RM89
(RM119 dengan rakaman)

Sertai waitlist
DISYORKAN Belajar ikut step

Pakej Kombo

Mulakan dengan ChatGPT Work, kemudian teruskan kepada Hermes Agentic AI.

  • Faham asas penggunaan AI untuk kerja
  • Masuk ke cara bina AI pembantu
  • Kurang lompat-lompat antara topik

Rujukan batch lepas: RM319
(RM349 dengan semua rakaman)

Sertai waitlist
Untuk lebih jauh

Hermes Agentic AI

Untuk anda yang nak faham memory, skills dan tools dengan lebih jelas.

  • Kenal fungsi memory, skills dan tools
  • Faham macam mana AI ikut cara kerja anda
  • Tahu apa yang perlu disediakan sebelum bina

Rujukan batch lepas: RM299
(RM329 dengan rakaman)

Sertai waitlist

Tak sempat hadir live? Pilihan dengan rakaman membolehkan anda ulang tengok kelas kemudian.

Batch seterusnya

Jadi yang pertama tahu bila kelas live dibuka.

Senarai waitlist dapat makluman tarikh, harga dan tempat dahulu sebelum diumumkan kepada umum.

Sertai waitlist kelas live

Isi borang ringkas ini. Tiada bayaran sekarang.

Waitlist Bengkel Agentic AI

Tak nak tunggu? Mula hari ini di OperatorAI.

Kursus video self-paced dalam Bahasa Melayu. Tonton ikut masa anda, di telefon atau laptop.

  • ChatGPT Work
  • Claude Cowork
  • AI Untuk Meta Ads Marketing
  • AI Operator (Hermes)
  • Business OS untuk Solopreneur
Lihat kursus OperatorAI

Sebelum decide, semak ini dulu.

Bila batch seterusnya?

Tarikh dimaklumkan kepada senarai waitlist dahulu. Sertai waitlist dan anda akan dihubungi sebelum ia diumumkan kepada umum.

Perlu tahu coding ke?

Tak perlu. Anda tak perlu jadi developer. Kelas bermula dengan kerja harian dan konteks yang AI perlukan, bukan terus masuk coding.

Perlu ambil kedua-dua kelas?

Tak perlu. Mulakan dengan ChatGPT Work untuk asas. Ambil Hermes bila anda nak faham AI pembantu dengan lebih jauh. Pilih Kombo kalau nak belajar ikut step dari mula.

Kalau saya tak sempat hadir live?

Pilih pilihan dengan rakaman jika anda nak ulang tengok kelas kemudian.

AI boleh buat semua kerja saya ke?

Tak. Anda masih perlu beri AI info yang betul, semak hasil dan buat keputusan sendiri. Bengkel ini fokus pada cara ringankan kerja berulang.

Apa beza bengkel live dengan kursus OperatorAI?

Bengkel ialah kelas live melalui Zoom, anda boleh tanya terus. Kursus OperatorAI pula video self-paced dalam Bahasa Melayu yang boleh anda mula bila-bila masa.

Anda dah tahu AI boleh bantu. Sekarang ajar ia cara kerja anda.

Sertai waitlist untuk kelas live, atau mula sendiri hari ini di OperatorAI.