Ringkasan: Ada dua cara utama menarik trafik ke website: paid traffic seperti Meta Ads atau Google Ads yang pantas, dan organic traffic melalui SEO serta social media yang lebih perlahan. Untuk e-commerce Izzat memilih Meta Ads, manakala untuk servis yang perlukan leads beliau lebih suka Google Ads.
Adakah anda sedang mencari strategi untuk tingkatkan trafik ke laman web secara efisien? Dalam artikel ini, saya akan membincangkan dua pendekatan utama untuk menarik trafik, sama ada secara cepat melalui trafik berbayar (paid traffic) atau secara perlahan tetapi berterusan melalui trafik organik (organic traffic).
1. Cara Pantas Tarik Traffic Masuk Website
Cara pantas ini memang kegemaran saya. Saya merupakan seorang tak penyabar bila website dah siap. Terus nak tengok ada pengerakan visitor dalam GA4 selepas siap setup website 5 minit yang lalu.
Ok, namun cara ini tak semestinya sesuai dengan semua niche. Saya banyak fokus kepada e-commerce website. So, memang tujuan utama nak dapatkan jualan dalam masa tempoh 24 jam selepas website siap (website buruk jer)
Apakah cara ini?
Dah tentunya menggunakan Meta Ads (dulu dikenali sebagai Facebook Ads). Siap website, terus setup page Facebook, IG Business dan WhatsApp for Business. Trafik yang masuk dengan cara ini dikenali sebagai Paid Traffic. Sebab ? Sebab kita bayar nak tarik visitor masuk website.
Saya just pilih Conversion Campaign dan terus run iklan. Settle. Traffic masuk, sale pun masuk sekali.
Kalau website biasa (bukan e-commerce) macam mana pula?
Jika website anda lebih kepada promosikan servis dan perlukan leads, saya lebih suka guna Google Ads. Meta ads pun ok juga cuma Meta Ads ini lebih kepada push iklan paksa orang tengok. Google Ads (Search) lebih kepada orang cari servis atau masalah yang mereka nak selesaikan.
Banyak lagi platform social media ads yang anda boleh gunakan untuk tarik trafik berbayar seperti Tik Tok Ads, LinkedIn Ads, Twitter Ads dan lain – lain lagi.
2. Cara Lambat Tarik Traffic Masuk Website
Aik, ada cara lambat ? Tak sure nak kata lambat ke cepat, tapi kalau cara ni ngam dapatlah traffik percuma (tak percuma actually, banyak masa kena spend) untuk buat cara ini.
Cara tersebut dikenali sebagai SEO (Search Engine Optimization).Trafik yang masuk dengan cara ini dikenali sebagai Organic Traffic. Nak cerita panjang pasal cara ini saya tak reti sangat sebab tak praktis secara menyeluruh. Apa yang saya buat adalah buat content (blog, artikel) berdasarkan masalah yang target audience banyak hadapi. Tiba tiba jer dah rank page 5 Google. Haha.
Saya belum expert lagi pasal SEO ini. So, takda panjang lebar pasal ini. Apa yang saya faham, bila website kita rank di 1st page Google, orang lebih trust kepada kita dan of course trafik banyak masuk ke website kita terlebih dahulu.
Sabar dulu, organic traffic ini tak semestinya datang daripada search engine Google semata – mata, anda juga boleh gunakan social media untuk tarik traffic masuk ke website secara percuma.
Macam Facebook, selalunya saya akan buat posting dan selit link website di komen sebagai CTA.
Anda boleh letak link website di Facebook, bio di IG anda dan pelbagai lagi. Saya akan buat satu posting khas berkenaan bagaimaa nak promote website di social media ini.
Kesimpulan
Saya bezakan cara growth website (tarik trafic) ini berdasarkan paid traffic dan organic traffic. Asasnya sama untuk kedua dua cara ini, iaitu selesaikan masalah target audience anda. Bab nak tahu masalah audience ini kena buat marketing research. Bagaimana nak buat marketing research ini ? Nanti saya terangkan dalam sesi akan datang.
Untuk memudahakan anda buat mesej yang bersesuai dengan setiap target audience, saya bina satu template yg anda hanya perlu isikan dan guna ChatGPT untuk generate mesej dan copywriting. Prompt juga saya sediakan dalam template ini. Anda boleh dapatkan disini
Soalan Lazim
Apakah cara paling pantas untuk menarik trafik ke website?
Paid traffic, iaitu membayar iklan seperti Meta Ads (dahulu Facebook Ads). Dalam artikel ini, Conversion Campaign dipilih supaya trafik dan jualan masuk dengan cepat, terutamanya untuk website e-commerce.
Meta Ads atau Google Ads lebih sesuai untuk website servis?
Untuk website yang mempromosikan servis dan perlukan leads, Google Ads (Search) lebih disukai kerana ia menyasarkan orang yang sedang mencari servis atau penyelesaian masalah. Meta Ads lebih kepada menolak iklan supaya orang melihatnya.
Apakah organic traffic dan bagaimana mendapatkannya?
Organic traffic ialah trafik percuma daripada SEO dengan menghasilkan content (blog, artikel) berdasarkan masalah target audience, dan juga daripada social media, contohnya meletakkan link website di komen posting atau bio Instagram.
Apa asas yang sama untuk paid dan organic traffic?
Selesaikan masalah target audience anda. Untuk mengetahuinya, anda perlu membuat marketing research.
Kalau anda mahu menggunakan Meta Ads dengan bantuan AI, lihat Kelas AI Operator Meta Ads.

