About Me

Hai, saya Izzat Azizi – seorang ‘digital marketer’ yang tidak pernah berhenti belajar benda baru dan terus mengaplikasikannya dalam tempoh yang singkat tanpa pikir panjang.

Kisah saya ?

Asalnya saya bukan seoarang yang core dalam bidang ‘digital marketing’ ini. Minat saya terhadap digital marketing bermula apabila sahabat saya menunjukkan cara menghasilkan duit dengan ‘Facebook’ dengan goyang kaki. Saya rasa anda tentu pernah dengar topik ini sekitar tahun 2012 – 2013. Ia bermula apabila Facebook melancarkan Facebook Ads yang boleh digunakan oleh semua orang dengan kos yang rendah.

Fast forward selepas bekerja dalam pelbagai bidang seperti R&D engineer, Process Engineer, Project KVMRT, Oil & Gas BD, saya kembali ke bidang digital marketing. Task utama pada waktu itu untuk bina online presence secara omnichannel di pelbagai online platform untuk syarikat perlancongan.

Disitulah, saya banyak mengasah multi discipline dalam bidang digital marketing seperti bina website, SEO, Google Ads, Facebook Ads, eCommerce, Sales Funnel dan pelbagai lagi.

Semasa Covid-19, syarikat perlancongan tersebut telah ditutup namun saya berjaya menghidupkan kembali dengan menjual hotel voucher dengan nilai keseluruhan mencecah 6 angka dengan menggunakan iklan berbayar dan eCommerce.

Ia membuatkan saya kembali bersemangat untuk membantu lebih banyak business kembali bangkit mengharungi pasca Covid-19. Saya terus offer servis bina online order form, landing page, iklan berbayar kepada online business.

Antara klien saya adalah Pulut Palas Pelangi, KASSI, Ustazah Basikal, Bookcafe, Pusat Tahfiz dan small online seller (bisnes kecil kecilan seperti homestay owner, repair phone services, founder kecantikan etc)

So, anda nak tambah jualan business sehingga 7 angka dengan gunakan kepakaran saya?

Isi form dibawah

WhatsApp form