# About Me

URL: https://izzat.my/about-me/
Penulis: Izzat Azizi (Founder OperatorAI)

> Izzat Azizi ialah Founder OperatorAI dan pembina Formjer. Lebih 400 pelajar belajar AI untuk kerja dan Meta Ads melalui kelas live, bengkel dan kursus beliau.

# Tentang Izzat Azizi

**Izzat Azizi** ialah Founder OperatorAI ([operatorai.my](https://operatorai.my/?utm_source=izzat.my&utm_medium=referral&utm_campaign=izzat-site&utm_content=ai-about-me)), platform kursus AI self-paced dalam Bahasa Melayu, dan pembina Formjer ([formjer.com](https://formjer.com/?utm_source=izzat.my&utm_medium=referral&utm_campaign=izzat-site&utm_content=ai-about-me)), alat lead form dengan qualified-lead CAPI. Beliau mengajar digital marketing & AI sejak 2021 dan menjalankan Komuniti AI MY sejak 2023 (kini lebih 2,000 ahli merentas semua group). Lebih 400 pelajar telah belajar bersamanya melalui kelas live, bengkel dan kursus. Sebelum ini beliau seorang jurutera R&D dan proses, kemudian beralih ke digital marketing dan Meta Ads.

[Nak bincang bisnes anda? Isi borang konsultasi ↓](#borang)

Hai, saya Izzat Azizi – seorang ‘digital marketer’ yang tidak pernah berhenti belajar benda baru dan terus mengaplikasikannya dalam tempoh yang singkat tanpa fikir panjang.

Kisah saya?

Asalnya saya bukan seorang yang core dalam bidang ‘digital marketing’ ini. Minat saya terhadap digital marketing bermula apabila sahabat saya menunjukkan cara menghasilkan duit dengan ‘Facebook’ dengan goyang kaki. Saya rasa anda tentu pernah dengar topik ini sekitar tahun 2012 – 2013. Ia bermula apabila Facebook melancarkan Facebook Ads yang boleh digunakan oleh semua orang dengan kos yang rendah.

Fast forward selepas bekerja dalam pelbagai bidang seperti R&D engineer, Process Engineer, Oil & Gas BD, saya kembali ke bidang digital marketing. Task utama pada waktu itu ialah membina online presence secara omnichannel di pelbagai online platform.

Di situlah, saya banyak mengasah multi discipline dalam bidang digital marketing seperti bina website, Google Ads, Facebook Ads, eCommerce, Sales Funnel dan pelbagai lagi.

Dari situ saya mula membantu lebih banyak business membina kehadiran dan jualan dalam talian. Saya terus offer servis bina online order form, landing page dan iklan berbayar kepada online business.

Antara klien saya adalah Pulut Palas Pelangi, KASSI, Ustazah Basikal, Bookcafe, Pusat Tahfiz dan small online seller (bisnes kecil kecilan seperti homestay owner, repair phone services, founder kecantikan etc)

Nak tingkatkan jualan dengan iklan yang lebih tepat? Jom bincang bisnes anda.

Konsultasi

## Jom bincang bisnes anda

Isi borang ringkas ini. Lepas hantar, anda akan terus disambungkan ke WhatsApp saya untuk sambung perbincangan.

## Soalan Lazim

#### Siapa Izzat Azizi?

Izzat Azizi ialah Founder OperatorAI, pembina Formjer dan penggerak Komuniti AI MY sejak 2023. Beliau bekas jurutera R&D dan proses, kemudian menumpukan kepada digital marketing dan Meta Ads. Beliau mengajar digital marketing & AI sejak 2021, dan lebih 400 pelajar telah belajar bersamanya melalui kelas live, bengkel dan kursus.

#### Apa itu OperatorAI?

OperatorAI ([operatorai.my](https://operatorai.my/?utm_source=izzat.my&utm_medium=referral&utm_campaign=izzat-site&utm_content=ai-about-me)) ialah platform kursus video AI self-paced dalam Bahasa Melayu. Kursus yang ada termasuk ChatGPT Work, Claude Cowork, AI Untuk Meta Ads Marketing (dibuka 12–18 Okt), Hermes Agentic AI dan Business OS untuk Solopreneur (dibuka 12–18 Okt).

#### Apa khidmat yang ditawarkan di izzat.my?

Kelas live, bengkel, coaching 1-on-1, team coaching, personal workflow setup, SME setup dan integrasi, serta Template GRMRA untuk audience research dan copywriting. Lihat senarai penuh di [kedai](https://izzat.my/shop/).

#### Boleh buat latihan AI untuk team syarikat?

Ya. Latihan AI untuk team boleh dibuat secara in-house atau online dan boleh diatur mengikut keperluan team anda. Hubungi saya melalui borang di halaman ini atau lihat [Team Coaching 2 Hari](https://izzat.my/product/team-coaching-2-hari-agentic-ai/).

#### Adakah kursus dan bengkel AI ini dalam Bahasa Melayu?

Ya. Kursus OperatorAI (video self-paced) disampaikan dalam Bahasa Melayu. Kelas dan bengkel live di izzat.my pula dinyatakan format dan bahasanya pada halaman masing-masing.

#### Perlukah tahu coding?

Tidak perlu latar belakang coding. Fokusnya ialah menggunakan AI tools seperti ChatGPT dan Claude dalam kerja harian, langkah demi langkah.
