Projek & portfolio

Apa yang saya bina dan kerjakan

Dua produk yang saya bina sendiri dan tiga kerja terpilih, disusun daripada konteks sehingga hasil.

Produk sendiri

Dua produk yang saya bina

Laman utama operatorai.my
  • Kursus AI
  • WordPress + LMS
  • Pembayaran auto-akses

OperatorAI

Platform kursus AI self-paced dalam Bahasa Melayu. Pembayaran terus membuka akses kepada kursus di LMS.

Hasil: pelajar belajar ikut masa sendiri tanpa perlu urus akses secara manual.

Laman utama formjer.com
  • SaaS
  • Lead qualification
  • Conversions API

Formjer

Borang lead yang menapis prospek dan menghantar event lead berkelayakan ke Meta dan Google, dengan portal klien. Kini dalam early access.

Hasil: iklan dioptimumkan ke arah lead berkualiti, bukan volum mentah.

Case study

Dari konteks kepada hasil

Kerja klien ditulis tanpa nama dan tanpa angka, supaya fokus kekal pada pendekatan.

Grafik case study pembinaan dan renovasi

Case study 1

Syarikat Design & Build

  • Meta Lead Ads
  • Conversions API
  • Lead qualification
  • Pipeline

Konteks

Syarikat design and build (pembinaan dan renovasi) menjana lead melalui Meta lead ads.

Cabaran

Terlalu banyak lead yang tidak berkualiti. Team sales membazir masa menghubungi prospek yang tidak serius, dan algoritma Meta hanya belajar daripada borang yang diisi, bukan daripada lead yang benar-benar layak.

Apa saya buat

  • Bina borang dengan peraturan kelayakan.
  • Hanya lead yang lulus dihantar semula ke Meta sebagai event QualifiedLead melalui Conversions API, supaya algoritma belajar mengejar kualiti.
  • Hala lead ke sheet dan WhatsApp, serta jejak pipeline.

Hasil

Iklan dioptimumkan untuk lead berkelayakan, bukan volum mentah, dan team sales fokus pada prospek yang serius. Pendekatan ini kemudian saya bina menjadi Formjer.

Grafik case study webinar

Case study 2

Pakar psikologi: webinar

  • Meta Ads
  • Video creative
  • Copywriting
  • Webinar funnel

Konteks

Seorang pakar psikologi mahu menggerakkan pendaftaran webinar melalui Meta Ads.

Cabaran

Mesej yang umum sukar menarik pendaftar, dan sukar untuk tahu creative mana yang benar-benar berkesan.

Apa saya buat

  • Hasilkan video creative berasingan untuk setiap pain point.
  • Tulis copy yang mengikut kandungan setiap video.
  • Gunakan CTA pendaftaran terus dan ujian yang tersusun.

Hasil

Ujian creative menjadi lebih jelas, dan webinar kini mempunyai funnel yang boleh diulang.

Grafik case study bengkel AI

Case study 3

Bengkel AI untuk usahawan & marketer

  • Kurikulum BM
  • Latihan praktikal
  • Komuniti AI MY

Konteks

Bengkel AI yang saya anjurkan sendiri untuk usahawan dan marketer Malaysia.

Cabaran

Ramai berminat dengan AI tetapi tidak pasti bagaimana menggunakannya untuk kerja harian.

Apa saya buat

  • Susun kurikulum dalam Bahasa Melayu.
  • Latihan praktikal: AI digunakan terus pada bisnes peserta.

Hasil

Lebih 300 peserta menyertai bengkel ini, dan ia berkembang menjadi kursus self-paced OperatorAI.

Kepakaran

Stack & kepakaran

  • Meta Ads
  • Conversions API
  • AI Agents
  • Claude
  • ChatGPT
  • WordPress / WooCommerce
  • Automation
  • Copywriting
  • Lead qualification

Ada projek atau soalan? Jom borak.

Ceritakan sedikit tentang bisnes atau team anda. Saya akan balas dengan cadangan langkah seterusnya.