Tentang
Hai, saya Izzat Azizi.
Saya bantu marketer dan SME guna AI dan Meta Ads untuk bisnes. Saya juga pengasas OperatorAI dan Komuniti AI MY.

Cerita ringkas
Dari kejuruteraan kepada sistem AI
Saya memulakan kerjaya sebagai jurutera R&D dan proses. Latihan itu membentuk cara saya bekerja hingga hari ini: kenal pasti masalah, bina sistem yang jelas, dan ukur hasilnya.
Kemudian saya beralih ke digital marketing dan Meta Ads, dan di situ saya belajar bahawa iklan yang baik dinilai melalui lead dan jualan yang berkualiti, bukan sekadar klik.
Saya mengajar digital marketing dan AI sejak 2021, dan menjalankan Komuniti AI MY sejak 2023 (kini lebih 2,000 ahli merentas semua group). Lebih 400 pelajar telah belajar bersama saya melalui kelas live, bengkel dan kursus. Daripada pengajaran itu lahir OperatorAI, kursus AI yang boleh dipelajari ikut masa sendiri, dan Formjer, produk yang saya bina untuk menyelesaikan masalah lead berkualiti dalam iklan.
Saya masih berfikir seperti jurutera. Bagi saya, AI paling berguna apabila ia menjadi sistem yang menyiapkan kerja, bukan alat yang dibuka sesekali. Sebab itu saya mengutamakan kegunaan untuk bisnes, hasil yang boleh diukur dan penerangan yang mudah difahami, supaya marketer dan pemilik bisnes kecil boleh bermula tanpa perlu menjadi pakar teknikal.

Fokus kerja
Apa yang sedang saya bina dan ajar
Platform kursus
OperatorAI
Kursus video dalam Bahasa Melayu tentang guna AI untuk bisnes.
Pendekatan
AI Operator & Agentic AI
Cara kerja di mana AI menjalankan tugas dan menunggu kelulusan anda untuk perkara penting.
Iklan
Meta Ads + AI
Iklan fokus lead berkualiti, tracking yang kemas dan laporan harian dibantu AI.
Operasi
Business OS untuk SME
Menyusun lead, invois, laporan dan kewangan supaya owner tidak lagi menjadi bottleneck.
SaaS
Formjer
Borang lead dan penghantaran lead berkelayakan ke Meta dan Google, dengan portal klien.
Komuniti
Komuniti AI MY
Komuniti AI untuk peniaga dan marketer Malaysia, aktif sejak 2023.
Perjalanan
Peringkat dalam perjalanan saya
Disusun mengikut peringkat, bukan tahun.
- Jurutera R&D & ProsesAsas kerja berasaskan sistem dan data.
- Digital marketing & Meta AdsMenjalankan iklan berbayar dengan fokus pada lead dan jualan berkualiti.
- Mengajar & Komuniti AI MY (2021 / 2023)Mengajar digital marketing dan AI sejak 2021; Komuniti AI MY dibina pada 2023.
- Founder OperatorAI & FormjerMembina kursus self-paced dan SaaS lead qualification.
Soalan lazim
Soalan tentang Izzat Azizi
Siapa Izzat Azizi?
Izzat Azizi (Founder OperatorAI · AI Operator & Performance Marketing) dari Malaysia membantu marketer dan SME menggunakan AI, Agentic AI, Meta Ads dan Google Ads untuk bisnes. Beliau juga pengasas Komuniti AI MY dan pembina Formjer.
Apa latar belakang Izzat Azizi?
Izzat memulakan kerjaya sebagai jurutera R&D dan proses. Beliau kemudian beralih ke digital marketing dan Meta Ads.
Apa itu OperatorAI?
OperatorAI ialah platform kursus AI self-paced dalam Bahasa Melayu yang diasaskan oleh Izzat Azizi, meliputi ChatGPT, Claude, AI Agent dan Business OS.
Apa beza OperatorAI dan izzat.my?
OperatorAI (operatorai.my) ialah platform kursus AI self-paced dalam Bahasa Melayu, manakala izzat.my ialah laman peribadi Izzat Azizi untuk servis, bengkel, projek dan artikel.
Apa itu Komuniti AI MY?
Komuniti AI MY ialah komuniti AI untuk peniaga dan marketer Malaysia yang dijalankan Izzat Azizi sejak 2023 (kini lebih 2,000 ahli merentas semua group). Izzat mengajar digital marketing dan AI sejak 2021, dan lebih 400 pelajar telah belajar bersamanya melalui kelas live, bengkel dan kursus.
Apa itu Formjer?
Formjer (formjer.com) ialah produk yang dibina Izzat untuk borang lead dan penghantaran lead berkelayakan ke Meta dan Google, lengkap dengan portal klien.
Boleh jemput Izzat mengajar team syarikat?
Boleh. Latihan boleh diatur untuk team syarikat, secara in-house atau online. Lihat halaman Latihan AI untuk Syarikat atau hubungi Izzat.
Ada projek atau soalan? Jom borak.
Ceritakan sedikit tentang bisnes atau team anda. Saya akan balas dengan cadangan langkah seterusnya.